INFAQ MENAIK TARAF DEWAN TERBUKA
Lanjutan dari pertukaran kepada sekolah satu sesi, dewan terbuka sedia ada tidak mampu lagi menampung bilangan pelajar dan guru apabila melibatkan perhimpunan rasmi atau aktiviti kokurikulum. Justeru itu PIBG SMK Dato' Abdul Rahman Andak komited bagi membantu pihak sekolah untuk mengumpulkan dana bagi menaik taraf dewan terbuka sedia ada supaya dapat digunakan oleh guru dan pelajar dengan selesa. Ini kerana dewan terbuka yang kecil ini tidak mampu melindungi pelajar dan guru dari panas matahari dan tempias air hujan.